Aku Memag SELEKEH

Selekeh apa maksud selekeh???selekeh adalah perkataan loghat kelantan yang membawa maksud terabai,atau mudah difahami tidak terurus(cara pemakaian). Memang sejak kecil lagi saya suka memakai pakaian yang menampakan selekeh,tidak kira lah dimana tempat,di tempat kerja,ketika kerja,di bandar,di mana-mana majlis sekali pun. Berpakaian T-shirt, jean, berselipar dah rambut kerinting berkusut masai itu la saya...hehehe. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya berpakaian macam tu sejak kecil lagi, tidak hairan la dengan apa orang nak cakap, saya tetap macam tu juga. Kadang-kadang tu berasa malu juga bila orang disekeliling memadang tajam kearah saya, seseolah mereka tidak pernah tgok orang selekeh macam saya, bila dapat tahu ada orang memerhati kearah saya, saya buat-buat tidak tahu aje, walaupun muka berubah kepada warna merah menahan malu. Pernah suatu ketika, masa tu didalam bank, sedang asyik mengisi borang untuk menghantar wang ke luar negara tiba-tiba ada bunyi  datang dari belakang "bagaimana mahu isi borang ini pak"  dengan selamba saya pun menjawab "waaaduh makcik saya bukan orang indo" terpinga-pinga makcik tu kerana malu, mungkin makcik tu ingat saya orang indo...hehehe, Ketika keluar berjalan-jalan atau pergi shopping komplek, saya akan berjalan dibelakang sekali sebab tidak mahu kawan-kawan jatuh standart keluar dengan saya maklum la saya kan selekeh. Kadang-kadang terfikir juga macam mana lah kalau suatu hari nanti saya ada mmm, mesti dia malu berjalan dengan saya nanti atau pun saya berjalan di depan manakala dia di belakang???mungkin kot... Pada waktu pagi selepas mandi dan bersiap mahu pergi kerja mesti ada suara dari abah atau mak saya "pakai elok-elok la cikit biar nampak kemas" boleh katakan tiap-tiap pagi ada suara tu, dah jemuh saya mendengarnya. Sebenarnya di sebalik pemakaian selekeh ini menyimpan 1000 rahsia. Hanya orang-orang tertentu saja yang tau kenapa saya berpakaian macam ni. 1000 rahsia biar la menjadi rahsia..^_*

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa dihujung Saya ada SV